Kelas Kusahawanan Membuat Cupcakes bersama YenYen & Kempen Mobile e-Waste

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Kusahawanan Membuat Cupcakes bersama YenYen dan Kempen Mobile e-Waste ini telah diadakan pada hari Ahad, 28 Julai 2019. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi idea perniagaan membuat dan menjual cupcakes yang boleh diusahakan oleh para peserta. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat peserta untuk menjana pendapatan secara atas talian.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada produk Instant Readymix Cupcakes. Mereka juga diberi tunjuk ajar cara mudah menghasilkan kek cawan menggunakan produk Instant Readymix Cupcakes yang disediakan oleh Pn. Liyen Patrick yang juga merupakan pengusaha YenYen Cupcakes dan Instant Readymix Cupcakes. Para peserta telah mempelajari kaedah mengadun dan membakar bahan Instant Readymix Cupcakes tersebut. Selain itu, para peserta turut diajar cara untuk membuat topping/cream dan menghias cupcakes yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Melalui kelas ini, para peserta diharap akan menjadi lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Disamping itu, advokasi berkaitan Kempen Mobile e-Waste (e-Sisa Mudah Alih) turut diadakan bagi mendidik dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan serta cara melupuskan barangan elektronik yang rosak secara berhemah.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 4 jam bermula pukul 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali